Saturday, January 6, 2024

Pada satu masa, fikirkan bagaimana kita dilahirkan

Lebih mudah buat baik dari buat jahat

Lebih mudah buat sesuatu yang dapat pahala dari buat sesuatu yang mendatangkan dosa.

Sedarlah kita dicipta oleh Allah SWT

Kita cicipta oleh Allah SWT supaya kita beribadah kepadaNya, dan dengannya kita akan dimasukkan ke syurga. Pilihlah jalan ke syurga, bukan jalan ne neraka 

Jangan jadi hamba tekak

Cuba fikirkan apa-apa makanan. Letakkkan dipipi. Ada rasa sedapkah ? Cuba letakkan di lutut. Ada rasa sedapkah ? Cuba letak di dada. Ada rasa sedapkah ? Cuba letak di atas perut. Ada rasa sedapkah ?Jawapannya semua tidak. Jadi, dimanakah letaknya sedapnya makanan ? Tak lain ialah di tekak. Sedap makanan hanya dapat dirasa bila melalui tekak. Hanya  Allah SWT yang boleh menciptakan rasa sedap (dan rasa2 lain) dan dimana rasa itu dapat diperoleh. Oleh itu, jangan jadi hamba tekak.

Monday, June 26, 2023

Jangan berhenti belajar

Jangan berhenti belajar setakat apa yang diajar atau diberitahu oleh emak atau ayah kita. 

Sunday, May 28, 2023

Kuatkan tekad untuk berbuat baik

Kadang-kadang, niat baik kita tidak terlaksana, kerana kita kalah dengan hasutan atau bisikan orang lain atau syaitan. Ertinya, kita kurang kuat semangat atau kurang tekad untuk melakukan sesatu kebaikan.

Pasanglah niat untuk berbuat baik

Buat baik seharusnya berasaskan agama, bukan berasaskan kata orang.

Tuesday, December 24, 2013

Jangan meng'am'kan

Kalau seorang anak Pak Dol mencuri, jangan anggap semua anak Pak Dol pencuri. Kalau sorang pemuda Kg X merompak, jangan anggap semua pemuda Kg X perompak.

Tuesday, September 24, 2013

Tuesday, August 27, 2013

Prinsip seseorang dibina hasil pengalaman hidup

1. Seseorang yang mempunyai prinsip membina prinsipnya berasaskan pengalaman dalam hidupnya.

2.Seseorang yang tidak mempunyai prinsip dalam sesuatu isu adalah kerana dia belum menpunyai cukup maklumat yang dia kehendaki untuk menghasilkan satu prinsip bagi dirinya.

Friday, December 28, 2012

Satu masa kita akan menoleh ke belakang

....atau akan tertoleh ke belakang, oleh itu sedarlah apa yang kita buat atau yang kita cakap pada masa ini

Tuesday, November 13, 2012

Ada perlakuan yang tak boleh diundur

Antaranya :

Malas belajar
Zina
Buang bayi
Terlepas cakap

Tak boleh diundur bermakna kita akan pasti menerima balasannya samasa cepat atau lambat.

Monday, November 5, 2012

Iman itu boleh dikikis

.... sebab itulah orang kafir berusaha untuk melemahkan iman individu muslim melalui serangan minda, hati, perasaan dan fizikal.

Sunday, October 21, 2012

Belajar untuk fokus

...atau memberi tumpuan atau memberi keutamaan kepada satu hal sahaja pada satu masa.

Belajar memikirkan pendekatan

Tiap sesuatu hal, orang, situasi dan sebagainya perlu didekati dengan cara yang sesuai dan betul. Jangan cepat menyalahkan orang lain atau keadaan dan menganggap diri betul sebelum mengkaji pendekatan yang kita gunakan dalam menangani orang lain atau sesuatu hal.

Saturday, October 20, 2012

Jangan pakai seluar ketat

(bagi anak lelaki) Jangan pakai seluar atau seluar dalam (underwear) yang terlalu ketat

Monday, October 8, 2012

Ucapkanlah LaHauLaWaLa

LaHauLaWaLaQuWaTaIllaBillaHil'Aliul'Azim

Maksudnya lebihkurang mengakui Allah yang maha menentukan semua perkara dan kita adalah tidak berkuasa menentukan apa pun perkara.

Sunday, October 7, 2012

Berlatihlah mencongak

Subjek mencongak memang tak ada diajar di sekolah tapi kebolehan mencongak sangat penting dalam kehidupan sehari-hari lebih-lebih lagi jika kita berurusan dalam perniagaan.

Friday, July 27, 2012

Wajah Kita Ditafsir Oleh Sesetengah Orang

Sesetengah orang mentafsir wajah kita dan respon kepada kita berdasarkan tafsirannya, oleh itu jangan terkejut jika kita menerima respon yang kita tak jangka.

Monday, March 26, 2012

Tiap Perbuatan Hendaklah Ada Batas

Makan ada batas Minum ada batas Tidur ada batas Bergaul ada batas Bermain ada batas Belajar ada batas Mandi ada batas Bergembira ada batas Bersedih ada batas

Wednesday, February 29, 2012

Menghilangkan bosan

Menghilangkan bosan bukan dengan terkinja-kinja dan melalak-lalak atau bersukaria membabi buta

Bosan itu timbul kerana jiwa kita kosong tidak diisi dengan perasaan yang berfaedah dan perasaan yang baik-baik.

Saturday, October 15, 2011

Kalau dedah diri pada org yg tak baik ...

Nanti org yg tak baik itulah yg akan meminang kita.

Jaga pergaulan

Wahai anakku mari sini ayah nak cakap: Kalau kita bergaul dengan baik, Tuhan akan temukan jodoh kita dgn org yg baik iaitu org yg bertanggungjawab dan lemah lembut. Kalau kita bergaul dgn org yg tak baik, nanti kita akan berkawin dgn org yg tak baik, akibatnya hidup kita tersiksa, makan hati srpanjang hayat, sedangkan ibubapa kita trlah menyediakan kehidupan yg baik.

Tuesday, September 13, 2011

Membaca untuk membentuk peribadi

Me,baca bukan untuk mencari ilmu pengetahuan sahaja tapi jadikan ia untuk membentuk peribadi sendiri.

Monday, July 25, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Ramai orang lebih sedar tentang orang lain

Ramai orang (termasuk diri kita sendiri) lebih sedar tentang orang lain dari sedar tentang diri sendiri. Bila kita menyedari dan mengakui hakikat ini, secara automatik kita akan bertindak lebih berhati-hati.

Friday, June 3, 2011

Bulan-bulan Islam

1. Muharram
2. Safar
3. Rabiul Awwal
4. Rabiul Akhir
5. Jamadil Awwal
6. Jamadil Akhir
7. Rejab
8. Sya'ban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulkaedah
12. Zulhijjah

Tuesday, May 24, 2011

Jangan cepat membantah bila ditegur

Bila ditegur jangan cepat terasa hati. Orang menegur untuk membaiki kesilapan kita. Dengar sampai habis teguran itu, kemudian barulah mengulas apa yang ditegurkan.

Monday, May 16, 2011

Belajar mengorbankan kehendak

Tidak semua kehendak kita itu baik. Belajar mengenalpasti mana kehendak yang baik dan mana kehendak yang tidak baik atau kurang baik. Belajar mengenal mana kehendak yang buruk risikonya dan mana yang tidak atau kurang risiko buruknya.

Thursday, May 5, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Kita lahir tanpa pengetahuan, syukurilah ...

Kita dicipta oleh Allah dan dilahirkan ke dunia ini tanpa pengetahuan dan kehendak kita. Kita tidak ada pilihan. Untuk kita mahu mati balik adalah sangat merugikan kerana Allah telah memberi ruang kepada kita untuk masuk ke alam syurga yang lebih baik berganda-ganda dari alam dunia ini.

Friday, April 15, 2011

Banyak perkara kita tak boleh memilih

Contohnya :
Dimana kita dilahirkan.
Oleh siapa kita dilahirkan.
Siapa jadi ibu bapa kita.
Bila kita akan mati.
Bagaimana kita akan mati.
Dimana kita akan mati.
Kepandaian atau kebodohan kita.
Rezeki kita.
Jodoh kita.
Banyak lagi....
Jadi, ada yang berkuasa menentukan.


Monday, February 28, 2011

Jangan ajar anak jadi cepat excited

Kalau kita menunjukkan pada anak sikap cepat dan mudah excited, contohnya dengan ungkapan seperti 'wah !', 'bestnya', 'wow' sambil melompat-lompat, ditakuti anak akan mencontohi sikap ini, yang akan membawa kesan kepada sirinya menjadi kurang berfikir sebelum bertindak tapi sebaliknya segera menurut kata hati. (Sikap mengikut hata hati (follow your heart) memang diajarkan pula oleh segolongan tertentu).

Tuesday, February 22, 2011

Tiga tempoh hidup

Masa muda - kita ada tenaga dan masa tapi tiada duit.

Masa bekerja - kita ada tenaga dan duit tapi kurang masa.

Masa tua - kita ada duit dan masa tapi tiada tenaga.